Kelas NADI Mahir Pertanian Pintar Minggu 8 (12 & 16 Mac 2025)

13 Mac 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Mac 2025 (Rabu) dan 16 Mac 2025 (Ahad), Kelas NADI Mahir Pertanian Pintar bagi Minggu ke 8 telah diadakan secara atas talian yang bermula dari pukul 9:30 pagi sehingga 10:30 pagi. Program tersebut telah dihadiri oleh dua orang peserta pada hari Rabu dan seorang pada hari Ahad. Kelas ini dijalankan oleh pihak NADI Mahir Pertanian Pintar sendiri.

Minggu ke 8, peserta NADI Mahir Pertanian Pintar telah mempelajari penggunaan mesin pertanian pintar. Peserta juga diterangkan tentang penanaman menggunakan mesin pertanian pintar dan cara mengendalikan.

Program ini sangat bermanfaat kepada komuniti yang sememang nya berminat dengan pertanian berteknologi bagi memudahkan penanaman sayuran dengan terancang. Semoga semua peserta dapat mengadaptasikan pelajaran yang disampaikan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali